Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint
19 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik sekolah rendah. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pembelajaran Microsoft Powerpoint ini merupakan sambungan pelajaran yang lepas. Adik-adik perlu menyiapkan Slide persembahan powerpoint yang bertajuk “Jenis-Jenis bunga”. Pada kali ini adik-adik perlu memasukkan lagu ke dalam slide persembahan.
Di samping itu, adik-adik juga mempelajarai cara-cara untuk muat turun lagu daripada internet untuk dimasukkan ke dalam slide persembahan. Setelah selesai memasukkan lagu dalam slide persembahan, adik-adik belajar pula cara-cara menyimpan slide persembahan powerpoint dalam bentuk video. PI turut muat naik video-video persembahan adik-adik di facebook page Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: